nuff

Showing posts with label Ummah. Show all posts
Showing posts with label Ummah. Show all posts

Saturday, November 20, 2010

Triplet

10/3= 3.333333333333



3, 3, 3. tambah satu lg dapat perfection, manusia selalu tamak nakkan perfection ye la logiknye, akan berebutlah 1 bhg lebih tu. disitulah diuji tamaknya manusia. Rebutan kuasa dan bagai. 'Mereka' menganggap 10 itu 'sempurna' iaitu Tuhan semesta alam. Jadi semestinya 'mereka' ingin mencabar Tuhan semesta alam dengan melangkau angka 10, iaitu 11. 11 bermaksud 'new world order'. 9/11 adalah penting bg golongan ini.

Monday, May 17, 2010

Kritikal

Isnin, 17/05/2010 – Lebih dari 50 orang ulama Jordan telah bersepakat mengeluarkan fatwa menyatakan kewajipan memboikot Zionis. Mereka yang tidak memberi komitmen dianggap tunduk kepada Zionis. an ulama Jordania mengeluarkan fatwa wajibnya memboikot ekonomi Zionis. Mereka menyebutkan, tidak komitmen dengan fatwa ini berarti telah loyal pada musuh-musuh Allah.

Para sarjana di universiti turut menyatakan memboikot ekonomi Zionis ada kewajipan syar’ie. Pimpinan Ikhwan Muslimin, Syeikh Ibrahim Zaid dan beberapa tokoh ulama manhaj salaf turut mendokong fatwa yang diputuskan.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

akhbar palestin






Kepada pengikut sejati blog aku, ade bonus.. leh a 'donlot' canon rock hi quality..hehe

and ALL THE BEST! bykkanlah bace quran klw rase tension ke ape ke..

Sunday, April 11, 2010

Hassinu Khuluqakum

يآءيّها اللّذين آمنوا إن جآءكم فاسقٌ بنبأٍ فتبيّنوا أن تصيبوا قوماً بجهالةٍ فتُصبِحوا على ما فعلتم نادمين ...الآية

gambar hiasan


Kite ni sesame muslim, kalau boleh jgn lah mengata org bnde tak baik, sebaliknye khabarkan kebaikan seseorang itu biarpun akhlaknya kurang diterima masyarakat, supaya masyarakat senang hati mendekati seseorang insan itu yg bakal diubah masyarakat luar, bukannya di asingkan dari masyarakat. Wallahu A'lam...

sambil memperingati diri.. buanglah sangka buruk

(ayat quran kt atas tu agak lari topic :> tp aku cube selitkan jgk.. sbb byk fitnah skang)

Monday, March 22, 2010

Sermpit

Sekian lame aku mendiam diri! ahahaha, kwn2, hari ni aku terbace satu artikel kt harakahdaily psl anti-hiburan. Aku menerima tekanan dari beberapa pihak.. terutama penulis bebas spt blogger. cukup FANAS bile kne tembak cmtu je tanpa mengetahui isi. Semenjak 2-3 bulan ni, aku giat buat show utk JPMK, iaitu di arma,.. DIRECT-Hit aku kne dari si penulis yg dahulukala seorang sahabatku. tak dijangka, takmo ckp panjang. Memang lah dlm sebuah lagu atau nasyid ke, tak kire la ape pun, mesti ade alat music, seperti kompang,>drum>guitar dll.. element ni nak kasi sedap maa.. T_T
tp berdasarkan show yg aku wat, langsung tkde niat nak kasi penonton terbeliak mate ke, melompat sane cni ke.. aku taw asal usul aku.. aku poun dak nasyeed satu ketika di sekolah dlu, cume mau extend kreativiti dlm diri.. so aku menyelam bidang music, selari dgn adik beradikku. alamak dah melalut.. ok ni je nk bg bace..

tajuk: Jangan anti-hiburan membuta tuli

Golongan dewasa khususnya pendokong gerakan Islam harus menghargai minat dan bakat yang dimiliki golongan belia dan remaja serta tidak bersifat anti-hiburan secara membuta tuli.

Pengasas dan Pengurus Besar Adnin Management & Training Centre, Ustaz Akhwan Afandi Zulkifli berkata, sikap anti-hiburan yang tidak bertempat tidak akan mengalihkan perhatian remaja kepada hiburan sebaliknya golongan ini harus pandai memandu remaja dan belia untuk mendapatkan hiburan yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.

“Golongan dewasa dan ibu bapa kebanyakannya tidak menghargai kemahuan, minat dan bakat anak-anak muda menyebabkan mereka tidak mempunyai panduan dan terus mencari hiburan yang melalaikan.

“Sekarang ini peratus hiburan yang tidak mendatangkan kebaikan dan faedah terlalu banyak,” katanya ketika ditemui di program ‘Mini Konsert Hibur Didik’ anjuran Unit Amal Gombak dengan kerjasama ahli jawatankuasa masjid di Dataran Masjid Amaniah, Batu Caves baru-baru ini.

Akhwan juga berkata, tidak wajar untuk pendokong gerakan dakwah memandang hiburan dari sudut yang negatif sahaja tanpa berusaha untuk membetulkan konsep hiburan yang ada agar sesuai dengan ajaran Islam.

Beliau juga tidak bersetuju terhadap pandangan sesetengah pihak yang menganggap hiburan hanya merangkumi bidang nyanyian dan lakonan sahaja sedangkan ujarnya, definisi hiburan itu terlalu luas.

“Hiburan tidak tertumpu kepada nyanyian dan lakonan sahaja tetapi apa yang membawa kepada kebahagian, itulah hiburan.

“Tidak kiralah nyanyian ke, lakonan ke, ceramah ke, kalau yang dilihat dan didengar itu membawa kepada keseronokan, itulah hiburan, asalkan tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Contohnya tidak sampai membawa kepada maksiat dan melakukan perkara-perkara negatif lain,” katanya.

Ujarnya juga, sikap suka menghukum sesuatu perkara itu sebagai haram tanpa mengkaji pandangan-pandangan ulama secara menyeluruh akan lebih memburukkan keadaan.

Sebaliknya, beliau berkata, menjadi tugas pendakwah untuk menyediakan platform kepada golongan belia untuk berhibur mengikut cara yang betul.

“Kita masih belum sepenuhnya menggunakan konsep dakwah secara terbuka, maksudnya berdakwah melalui hiburan. Sikap hanya tahu menghukum sesuatu perkara akan lebih memburukkan keadaan.

“Kepada para pejuang dan pendokong gerakan Islam, harus tahu menghargai dan menyayangi hiburan. Hiburan ini terlalu luas, tidak bertepi. Jangan terlalu sempitkan fikiran,” ujarnya.

Terdahulu, Akhwan menyampaikan lima buah lagu berlirik ketuhanan dan sirah Rasululllah s.a.w. diselang-seli dengan interaksi dengan hadirin yang hadir terdiri daripada kanak-kanak, remaja dan ibu bapa.

Beliau turut menyampaikan lagu ‘Kekasih Awal Dan Akhir’ nyanyian Jamal Abdillah namun mengajak pendengar menghayati lirik lagu tersebut ke arah mencintai Allah SWT.

Turut disampaikan beliau kata-kata nasihat dan motivasi secara santai kepada hadirin.

Sementara itu, pengarah program, Damanhuri Dol berkata, Unit Amal Gombak memfokuskan semua golongan dalam program-program mereka dan akan terus merangka pelbagai program kemasyarakatan yang dapat menarik minat kanak-kanak, belia dan golongan dewasa.

“Kami memang sentiasa merancang program-program untuk mendekati semua golongan khususnya para remaja dan akan memastikan program selepas ini lebih tersusun,” katanya.



penulis dah merajuk... tata

Monday, January 4, 2010

مَوعِظَة لِلمتَّقين

Sempena nak pekse ni, meh kite usha skit atau leh kate nasehat la...

1- usaha dan ikhtiar

2- jangan terpedaya dengan usaha sendiri

3- jangan memandang rendah sahabat

4- tinggalkan maksiat

5- doa yang ikhlas

6- husnuzzon billah

7- restu ibu bapa

8- redha guru & doa orang soleh

9- tawakkal


...INGATAN & DOA TULUS IKHLAS dari-ku buat sahabat2... semoga KITA NAJAH d DUNIA & AKHIRAT... Amin.....

and terpakse setuju dgn isi blog kwn aku ni:-

"Dulu orang yang paling berilmu akan banyak berbicara

Hari ini orang yang kurang ilmu paling banyak bicara"...

Friday, July 31, 2009

Michael Jackson & Syahidah Marwa al-Sharbini

Antara Michael Jackson & Syahidah Marwa al-Sharbini


Saya sedih, bukan karena kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia. Tapi saya sedih, karena pada saat yang sama, berlangsung perkebumian seorang muslimah yang Insya Allah menjadi seorang syahidah karena mempertahankan jilbabnya. Marwa Al-Sharbini, seorang ibu satu anak yang sedang mengandung tiga bulan, syahid akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tapi berita ini, sama sekali tidak saya temukan di tv-tv kita , negara yang majaroti penduduknya Muslim, bahkan mungkin, tak banyak dari kita yang tahu akan peristiwa yang menimpa Marwa Al-Sharbini.



Ribuan orang di Mesir yang mengantar jenazah Marwa Al-Sharbini ke tempat istirihatnya yang terakhir, memang mungkin banyak orang yang menangisi kepergian Michael Jackson. Marwa hanya seorang ibu dan bukan superstar seperti MJ. Tapi kepergian Marwa Al-Sharbini adalah lambang jihad seorang muslim. Marwa Al- Sharbini mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meski pun untuk itu ia kehilangan nyawanya.

Marwa Al-Sharbini ditikam di ruang sidang kota Dresden, Jerman saat akan memberikan kesaksian atas ancaman terhadapnya . Ia mengadukan sorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya karena ia mengenakan jilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah asal Mesir itu. Di persidangan itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa Al-Sharbini berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, malah terkena tembakan pehak berkuasa keamanan pengadilan yang berdalih tak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam kondisi kritis di rumah sakit Dresden.

Peristiwa ini sepi dari pemberitaan di media massa Jerman dan mungkin dari pemberitaan media massa asing dunia karena yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam dan anti-Muslim. Situasinya mungkin akan berbeza jika yang menjadi korban adalah satu orang Jerman atau orang Barat yang dibunuh oleh seorang ektrimis Islam. Beritanya dipastikan akan gempar dan mendunia.

Itulah sebabnya, mengapa di tv-tv kita cuma sebuk dengan pemberitaan pemakaman Michael Jackson yang mengharu biru itu. Tak ada berita pemakaman Syahidah Marwa Al-Sharbini yang mendapat sebutan “Pahlwan Jilbab”. Tak ada protes dunia Islam atas kematiannya. Tak ada tangisan kaum muslimin dunia untuknya. Tapi tak mengapa Marwa Al-Sharbini , karena engkau akan mendapatkan tempat yang paling mulia di sisiNya ALLAH SWT .. Seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu. Selamat jalan saudariku, maafkan kami jika kurang peduli …

Sunday, May 24, 2009

Safar Wanita?!

Ini adalah hukum safar wanita tanpa mahram yang diambil dari Pusat Fatwa Mesir.

Ia mempunyai 3 keadaan.

Keadaan pertama: Wanita yang bermusafir dari tempat yang dia tidak mampu menzahirkan keislamannya.

Hukumnya: Pada keadaan ini tidak perlu kepada mahram.

Kenyataan Ulama:

Imam Qurtubi berkata dalam kitabnya "al-Mufhim":

Ulama bersepakat bahawa wajib seorang wanita musafir sekalipun tanpa mahram sekiranya takut berlaku sesuatu yang buruk pada diri dan agamanya.

Ulama Maliki, Syafie dan Hambali berpendapat wajib wanita berhijrah dari negeri kafir walau tanpa mahram.

Dalam kitab mazhab Maliki "Kifayatut Talib al-Rabbani" menyatakan:

Dikecualikan dari pengharaman musafir sehari semalam atau lebih tanpa mahram adalah wanita yang masuk Islam di negara Kafir Harbi (yang memerangi Islam). Sesungguhnya dia wajib keluar ke negara Islam."

Syeikh Syarbini dikalangan Ulama syafie telah berkata:

"Wanita boleh berhijrah dari negeri kafir berseorangan."

Imam al-Bahuti dikalangan ulama Hmabali berkata:

"Wajib berhijrah kepada orang Islam yang tidak mampu untuk menzahirkan agamanya di tempat yang dikuasai oleh pemerintah kafir atau pemerintah bid'ah yang menyesatkan seperti muktazilah dan syi'ah ke negeri Islam dan yang mengamalkan akidah sunnah. kewajipan ini bagi yang mampu, samada lelaki atau perempuan sekalipun tanpa gerombolan safar dan tanpa mahram."

Dalil kewajipan:

Firman Allah:

"Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh para malaikat dikalangan orang-orang menzalimi diri mereka sendiri dengan duduk di negara orang kafir. Para malaikat bertanya "Bagaimana dengan pelaksanaan agama kamu?" Mereka menjawab dengan meminta keuzuran "Kami tidak mampu melaksanakan agama" Para malaikat menjawab "Bukankan Bumi Allah adalah luas untuk kamu berhijrah ke tempat yang lebih baik. Tempat-tempat mereka hanyalah jahannam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali." (97 ; an-Nisa)

Nabi saw bersabda:

أنا بريء من كل مسلم يقيم بين أظهر المشركين

"Aku berlepas diri dari orang Islam yang duduk di tempat orang2 kafir." Hr Abu daud


Selanjutnya klik sini ler...

Thursday, April 2, 2009

The 5 Richest

أغنى أغنياء العالم


بسم الله الرحمن الرحيم


5. Ingvar Feodor Kamprad: (born March 30, 1926) is a Swedish entrepreneur who is the founder of the home furnishing retail chain IKEA. As of 2009 he is richest person in Europe and the 5th wealthiest person in the world according to Forbes magazine, with an estimated net worth of around US$22 billion.

















4. Carlos Slim Helu (born January 28, 1940) is a Mexican businessman and philanthropist largely focused on the telecommunications industry. He is currently the third wealthiest person in the world, primarily due to investments in Medium Term Notes and Standby Letters of Credit, via his power-broker, Kai Lassen, of Rockwick Capital, with a net worth of around US$35 billion through his holdings.


















3. Warren Edward Buffett (born August 30, 1930 in Omaha, Nebraska, United States) is an American investor, businessman, and philanthropist. He is one of the world's most successful investors and the largest shareholder and CEO of Berkshire Hathaway.[4] He is constantly ranked by Forbes as the second richest person in the world after Bill Gates with an estimated net worth of approximately $40.0 billion.
















2. William Henry "Bill" Gates III (born October 28, 1955)[2] is an American business magnate, philanthropist, author, and chairman[3] of Microsoft, the software company he founded with Paul Allen. He is ranked consistently one of the world's wealthiest people[4] and the wealthiest overall as of 2009.[1] During his career at Microsoft, Gates held the positions of CEO and chief software architect, and remains the largest individual shareholder with more than 8 percent of the common stock.[5] He has also authored or co-authored several books.
























and the FIRST PLACE is....




You're the richest with your Do'a and Prayer for Allah...
yet they are just Fuqara'...

قال الله سبحانه وتعالى

( يعلمون ظاهرا من الحياة الدنيا وهم عن الاخرة هم غافلون )




اللهم اجعلنا اغنى خلقك بك .... وأفقر عبادك إليك

من وجد الله ماذا فقد ومن فقد الله ماذا وجد

Thursday, March 19, 2009

Proton Exora - Haram buat tempahan sebelum pelancaran

Proton MPV : Tempahan dan Ulasan Hukum



Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/



Proton Exora, itulah nama bagi kenderaan baru proton, sebuah MPV. Info berkenaan kenderaan ini sudah lama saya ketahui dari vendor-vendor Proton, reka bentuknya juga banyak disebar di sana sini. Walaupun belum rasmi bentuk terakhirnya. cumanya masalah semakin membesar apabila terdapat dua bentuk proton mpv yang disebarkan.

PENGALAMAN SAYA DAN PROTON

Pengalaman saya mempunyai kereta. Dua kali saya membeli kereta proton dan kedua-duanya brand new car iaitu proton wira berwarna putih dan Proton Perdana V6 berwarna biru kehitaman. Saya membeli proton baru atas nasihat ramai rakan yang menggunakan proton used car atau second hand dan bergantung kepada nasib kata mereka. Iaitu jika bernasib baik, kereta second hand yang dibeli tiada banyak masalah besar, jika tidak akan habislah wang dan waktu kita untuknya.

Hasilnya, saya membeli kereta proton baru dengan harapan tinggi agar sekurang-kurangnya 3 tahun pertama menggunakannya tidak akan dijengah oleh sebarang masalah berat. Saya juga amat menjaga servis.

Setakat ingatan saya, Alhamdulillah kedua-dua proton yang saya miliki ini tidak begitu mendukacitakan, tiada masalah besar dan prestasi ok walaupun kualiti secara keseluruhannya kurang berbadning jenama Toyota, Honda dan lainnya. Cuma saya masih ingat bagaimana proton perdana saya mempunyai masalah aircond yang tidak sejuk sedangkan ia dalam tempoh jaminan. Apabila dibawa ke ejen proton servis mereka mengarahkan saya untuk pergi ke vendor aircond proton sendiri. Agak terkejut apabila mereka menyatakan bahawa satu bahagian dalam aircond yang saya dah tak ingat namanya, terdapat sedikit rumput dan daun kecil., menunjukkan ia pernah di'usik'. Lalu specialist bertanya sama ada saya atau mana-mana mekanik pernah membuka dan memperbaikinya.

Saya jawab tidak kerana memang tidak pernah, malah bahagian yang ditunjukkan juga adalah amat dalam dan tidak boleh dicapai oleh tangan biasa.

Dari situlah, baru saya ketahui saya menjadi mangsa membeli proton perdana baru tetapi ada kemungkinan telah terpakai atau terlalu lama disimpan. Hal ini semakin kuat mengganggu minda saya apabila ketika saya memasang tint di cermin, pakar di kedai tinted shop mengatakan tint asal di kereta Perdana saya sudah lama terpasang, sukar ditanggalkan dan ini menunjukkan kereta ini sudah lama walaupun saya beli brand new.

Itulah salah satu pengalaman sakit hati bersama Proton yang masih saya ingati. Saya yakin terlalu ramai yang mempunyai masalah yang lebih dahsyat dan kronik namun dalam maki hamun pengguna Proton, mereka masih setia mengguna dan membelinya. Banyak sebab dan bukan maskud saya untuk menghuraikannya di sini.

PROTON MPV DAN JUALAN PRA PELANCARAN

Bulan februari 2009, Proton MPV muncul, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada Proton Holdings atas pengeluaran kereta baru ini dan tidak dinafikan bentuknya boleh dipuji, tetapi kualiti lain masih belum diketahui.

Cuma apa yang mendorong saya menulis artikel ini adalah pertanyaan dan laporan dari orang ramai yang sampai kepada saya mengatakan kereta MPV baru Proton ini sudah boleh ditempah, sedangkan harganya belum diputuskan. Ramai yang bertanya hukum kepada saya.

Sebelum saya memberikan ulasan, saya cuba mencari pengesahan pertanyaan ini. Namun tidak saya jumpai tawaran tempahan dibuka di web rasmi Proton Holdings iaitu http://www.proton. com/ dan http://www.proton- edar.com. my/


Namun saya jumpainya di dalam laporan berita berikut :-

Exora dapat sambutan hangat

PETALING JAYA 21 Feb. - Kenderaan belum siap. Rupa bentuk fizikalnya pun tidak diketahui umum tetapi tempahan sudah mula diterima.

Sambutan rakyat Malaysia terhadap kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora, hasil tangan tempatan ini sememangnya menakjubkan.

Menurut Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd. (Proton), Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, pihaknya mengunjurkan 4,000 hingga 5,000 tempahan menjelang pelancaran Proton Exora pada April ini.

‘‘Pada hari ini, kami menerima tempahan 15 hingga 20 buah MPV di cawangan ini,'' katanya pada Majlis Pra Pelancaran Tempahan Proton Exora di bilik pameran Proton di Mutiara Damansara hari ini.

Bagaimanapun, Syed Zainal berkata, pihaknya belum dapat menyatakan jumlah sebenar tempahan yang diterima di seluruh negara.

Tetapi jika cawangan di tempat lain juga menerima angka tempahan yang sama, ia sudah pun melebihi unjuran kerana Proton mempunyai 300 bilik pameran di seluruh negara.

Beliau berkata, setakat ini ramai orang telah datang bertanyakan mengenai Proton Exora

SUMBER

Jelas dari berita di atas dan lain-lain berita yang boleh kita temui dari pelbagai web berita nasional. Tempahan sudah dibuat sedangkan subject matter atau kereta itu masih belum diketahui bentuk sebenar luar dalam, harga tepat dan macam-macam lagi.

Hukum asal bagi setiap pembelian sebegini adalah HARAM disebabkan wujudnya gharar atau uncertainty harga, bentuk dan ciri specific kereta tersebut. Pembelian ini boleh dikategorikan sebagai Istisna' iaitu pembelian sesuatu barangan yang akan disiapkan oleh penjual melalui proses perkilangan dan pembuatan.

Beirkut adalah beberapa syarat utama secara ringkas yang mesti dijaga dalam jual beli bentuk tempahan baranagn pembuatan ini :

1) Kemestian menjelaskan sifat-sifat barang yang diingini dengan jelas.

2) Menetapkan tempoh siap pembuatan sama ada panjang atau pendeknya. Kecuali mazhab Hanafi tidak mensyaratkan sebarang tempoh tertentu, kerana itu adalah syarat dalam jualan as-Salam. [1]

3) Sebelum pembuat memulakan kerja, status aqad adalah ghayru lazim ( boleh dibatalkan oleh sebelah pihak walau tanpa persetujuan yang lain), namun setelah kerja tamat sebelum diberikan kepada penempah, aqad telah bertukar menjadi lazim (hanya boleh dibatal dengan persetujuan kedua belah pihak). Adapun, jika hasil kerja pembuat berbeza dengan perincian sifat yang ditempah, penempah boleh memilih sama ada untuk meneruskannya. Keputusan Akademi Fiqh OIC dan Majlis Syariah Majis Perakauan dan Kewangan Islam sedunia memutuskan bahawa istisna adalah aqad lazim. [2]

4) Harus penempah (pembeli) mengenakan denda dalam bentuk kewangan ke atas pembuat sekiranya ia gagal menyerahkan barang yang dijanjikan dalam masa yang ditetapkan. [3]

Keperluan mengetahui dengan jelas harga, tempoh serahan dan lain-lainya diadaptasi dari hadis Nabi s.a.w dalam hal jualan as-salam

من أسلف فليسلف في كيل معلوم , أو وزن معلوم إلى أجل معلوم

Barangsiapa yang membeli secara serahan barangan tangguh (as-Salam), hendaklah ia menetapkan timbangan, beratnya dan tempoh masa dengan jelas. (Riwayat al-Bukhari)



Namun demikian, hukum mungkin berubah dalam beberapa keadaan tempahan, iaitu:-

1- Tempahan tanpa sebarang bayaran. Ia harus atau dibenarkan menurut hukum kerana ia ibarat janji satu pihak untuk memeterai kontrak istisna sahaja.

2- Tempahan dibuat dengan bayaran namun pembeli boleh menarik balik. Iaitu jika harga tepat dikeluarkan, pembeli boleh menarik balik tempahan tanpa denda jika mereka tidak selesa dengan kualiti, bentuk dan harga terakhir kereta itu. Jika tempahan yang dibuat dengan sifat sebegini, ia mungkin boleh menjadi harus akibat kuantiti gharar yang mengecil bagi pihak pembeli, manakala gharar yang berlaku di pihak Proton adalah masih kecil selagi mereka belum memulakan proses pembuatan.

3- Tempahan dibuat tetapi harga kereta diberikan secara range iaitu dari RM 70,000 ke RM 80,000. Ia masih dikira gharar yang besar. Justeru, ia masih jatuh dalam hokum haram kerana bercanggah dengan syarat istisna dan salam yang ditentukan oleh Nabi s.a.w.


Kesimpulan.

Sebaiknya pihak proton tidak terlalu tergesa-gesa untuk membuka tempahan kecuali setelah pelancaran mempamerkan kereta contoh di showroom proton edar dan harga tepat bagi setiap kapasiti enjin. Masalah semakin mendalam apabila gamabr yang disebarkan awam mempamerkan dua bentuk proton. Kita bimbang ada yang menyangka proton MPV dalam bentuk futuristik di atas tetapi apabila dilancarkan, bentuk pertama yang keluar.

Tanpa dipenuhi kedua syarat ini, pengurusan Proton dikira telah dan sedang melakukan penjualan kereta dengan kaedah dan cara yang bercanggah dengan Shariah. Kecualilah jika tempahan adalah dalam dua bentuk yang dijelaskan di atas. Apa yang jelas dari web proton, BOOKING FEE SEBANYAK RM 1000 adalah Non refundable ( tidak boleh dipulangkan kembali) dan dengan jelas juga dimaklumkan di dalam terms & conditions:


Accessories and packages are subject to change without prior notice.

Ertinya : Semua aksesori dan pakej kereta adalah tertakluk kepada perubahan TANPA SEBARANG NOTIS.

Jika inilah keadaannya, anada tentu dapat mengagak apa hukumnya?



Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

26 Feb 2009

http://www.zaharuddin.net/

[1] Badai'e as-Sonaie, 6/2678

[2] Qarar wa tawsiat, no 65 (7/3) ; Ma'ayir As-Syar'iyyah, AAOIFI, 2007, hlm 185

[3] Al-Ma'ayir As-Syari'yyah, hlm 181-182

Monday, February 16, 2009

Khutbah psl org masuk islam :D enjoy



Do you really have peace in your heart?
Are you truly happy in life?
Do you really know the purpose of your life?

Is that all that you do with your life play games, workout,talk on the phone about nothing, x-box,drugs, partying,listening to same song 100 times in your car, chasing girls,teasing boys, aren't you sick of this? Do you really want to be the old man or old women in the Club?

Aren't you ready to live your true purpose in life and work on your soul and truly have peace and purpose in life because you'll finally know your doing the right thing?

Watch this video with and open heart and an open mind and if your sincerely looking for peace and purpose in life this video will be your first step in attaining that true peace and purpose and at the end of it all the ultimate reward , Paradise.

Share this video with everyone and to learn more visit www.TheDeenShow.com
thank you for your time and willingness to learn the truth.

Friday, February 13, 2009

Petikan dari Ceramah

Buka pintu jihad, Baitulmaqdis milik umat Islam dunia - Presiden PAS

KUALA NERUS,13 Feb (Hrkh)- Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahukan pintu jihad di Palestin dibuka kepada umat Islam di seluruh dunia.

Iklan





Ini kerana, katanya Baitulmaqdis dan Palestin bukan hak milik orang Arab sahaja tetapi menjadi hak umat Islam di seluruh dunia.

"Buka pintu jihad kepada umat Islam kerana Palestin bukan hak orang Arab sahaja. Baitulmaqdis bukan hak orang Arab sahaja kerana Palestin dan Baitul Maqdis hak umat Islam di seluruh dunia.

"Ketahuilah, wahai kuasa-kuasa besar dunia apa yang berlaku di Gaza ialah 'kepalanya di Gaza dan ekornya di Indonesia'.

"Itu panjangnya tentera Islam. Sejumlah 1.3 bilion umat Islam di seluruh dunia. Walau pun kerajaan-kerajaannya takut tetapi rakyatnya bersemangat," tegasnya ketika berucap pada majlis Ceramah Perdana Rayuan Gaza di Padang Bola Pekan Batu Enam, dekat sini, semalam.

Katanya, peperangan di Gaza itu merupakan 'peperangan Ahzab' sebagaimana yang pernah berlaku di zaman Rasulullah s.a.w.

Menurutnya, peperangan tersebut sekaligus bagi menguji keimanan orang Islam dan kerajaan Islam di seluruh dunia.

Namun begitu, beliau berkeyakinan bahawa umat Islam akan mencapai kemenangan di Palestin serta tentera Yahudi dan Israel akan dikalahkan.

"Hari ini orang Yahudi sudah menunjukkan tanda-tanda kekalahan. Mereka (Yahudi) bergaduh sesama sendiri sangat dahsyat.

"Hari ini, hari Israel mengadakan pilihan raya, dia bergaduh sesama sendiri. Berperang antara parti-parti politik di Israel. Hari ini orang-orang Yahudi membina kubu-kubu di kampung-kampung mereka. Kubu dibina dari konkrit yang teguh dan mereka mendirikan tembok-tembok," jelasnya.

Apa yang berlaku hari ini, kata Ustaz Abdul Hadi adalah tanda-tanda kemenangan Islam dan tanda-tanda Israel akan dikalahkan dengan izin Allah SWT.

Tetamu yang hadir pada majlis tersebut jurucakap pemimpin Hamas Palestin iaitu Sami Abu Zuhri yang pernah merengkok dalam penjara Israel selama enam tahun.

Sebelum itu beliau pada sebelah siangnya, berada di Majlis Rayuan Gaza dan Tabung Kemanusiaan Harakah di Kuala Lumpur dan menerima sumbangan dana sejumlah RM500,000 daripada tabung tersebut manakala lebih RM400,000 daripada pertubuhan, NGO dan individu yang menyampaikan sendiri kepada Sami dalam majlis tersebut.

Hadir sama dalam ceramah semalam, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Abu Bakar Chik.



Sumber: hdaily

Tuesday, February 10, 2009

Peringatan utk Ummah - انذار

Sampaikan kepada orang-orang Islam hari ini, supaya membuat kebajikan kerana hari penghabisan akan tiba di mana:-
1. semua bintang akan terbit dari langit, sesudah itu pintu langit akan tertutup.
2.tulisan dalam Al-Quran akan hilang. 3.Matahari akan turun di atas kepala.
Pesan Hamba :-
1. berselawatlah untuk junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w
2. bertaubatlah dengan segera sementara pintu taubat masih terbuka.
3. janganlah derhaka kepada ibu-bapa.



*HARI VALENTINE mengikut sjrh dtg dari zaman pemerintah ratu isabella di sepanyol.... perkataan VALENTINE diambil sempena nama pederi besar kristian Saint Valentine,beliau amat disayangi oleh ratu isabella dan juga rakyat jelata kerana beliau berjaya menumpaskan kerajaan islam di cordava,sepanyol pada 14 feb(tarikh hari valentine) 270 masihi. kejayaan beliau begitu bermakna bagi ratu isabella olh itu, 14 feb disambut setiap thun bagi merayakan kemenangan tersebut dengan menamakan hari valentine.. oleh itu,jikalau anda(umat islam) menyambut hari VALENTINE sama seperti anda gembira dengan menumpasan kerajaan islam di cordava.. dan kejatuhan kerajaan islam.. HANYA ALLAH SAHAJA YG LAYAK DISEMBAH... habis kan 15 minit untk menyebarkan perkara ini atau guna lah 15 minit ini dengan berpeluk tubuh..SEBARKAN!

Sunday, February 1, 2009

Amrullah by Mu'adz Dzulkefly Chord Progression

Song SAVE GAZA PALESTINE - Mu'adz in Baitul Maqdis (Amrullah) tells of Hadeeth



CHORDS PROGRESSION

| F#m E | D E |


- ulang chord sampai abes lagu ^_* kcuali ade part² kene stayback ngan 2 chord, tp aku malas nk cari, so pandai² a.. hmm, ni adalah lagu dari Mu'adz Dzulkefly, adek die ade blaja kt mesir ^^
kt asyir kot skarang. haha

p/s: dlm clip ni, ade satu part die tunjuk konon Al-Aqsa, tapi sebaliknye digantikan dengan dome of the rock

usha gamba:


Dome of the Rock




Masjidul-Aqsa


Sekadar Luahan Hatiku








haha, katun yg aku minat dari kecik
lagi, kalaw aku ade jet ni, yg leh transform2 cmni.. mmg aku cari HUSNI MUBARAK pastu pijak2, lenyek2 ngan kaki robot tu!!

tak lupe gk, yahudi, tp aku tknk bunuh deorang sbb ade kalangan yahudi baek, dan muslim.. n pemimpin deorang yg ta'sub zionis ni, aku nk hantar deorang g planet yg paling dekat ngan matahari tu, ape ah,... tk ingat a, sains lame tinggal T_T

ni ha update berita terbaru, yg buat lg aku bengang ngan mesir sbb blaja kt ctu.



TERKINI:

Terbongkar syarikat Mesir membekal makanan kepada Israel semasa perang Gaza.







Ahad, 01/02/2009 - Sebuah akhbar Mesir telah membongkar yang sebuah syarikat Mesir telah membekalkan askar-askar rejim Zionis dengan makanan melalui lintasan Owja semasa perang di Gaza manakala lintasan Rafah telah ditutup untuk bekalan bantuan kepada untuk warga Palestin

Akhbar Al-Osbo menyebut setiap minggu konvoi tetap lori membawa bekalan makanan daripada bandar raya Sadat pada lintasan Owja untuk menyampaikan bekalan makanan kepada tentera Israel semasa pencerobohan
mereka di Gaza.

Akhbar itu turut menyatakan kedahsyatan pemikiran syarikat Mesir tersebut tergamak membekalkan askar-askar rejim Zionis dengan bekalan makanan berlabel “Latha” yang bermaksud “Sedap” pada masa sama , rakyat Mesir berang terhadap pencerobohan Israel terhadap rakyat Gaza .

sumber : maszlee malek


Tuesday, January 27, 2009

::BiNGUNG Ngan MASALAH aku::

Kawan²,

Ada satu soalan dan masalah.

Sekarang ni aku kerja kat

Bila tengah hampir hujung bulan aku makan


Nak shopping barang murah selalu kat

Bila nak kuat selalu minum MILO cap


Bini pakai mekap nak pakai yang ada cap



Bila orang rumah bendera merah suruh beli

Barang baby banyak pakai yang



Sekarang anak2 tak pakai lampin..........kini pamper...



Bila balik rumah tengok anak dok depan TV tengok ,

yang belajar sekolah tengok


Aku marah suruh tukar pi tengok movie ,


untuk berita sensasi terkini

Sambil layan TV aku minum ,
dan makan

Ahhhhhh.......cooooooo........ yang di guna

Teringat esok nak kerja terus pi kilat kasut pakai
pakai baju polo

Nak bagi wangi dalam rumah pakai

sebelum gi dating.....nah...sembur keliling badan

Sambil tunggu date di
habis baca surat khabar tempatan baca


Balik rumah letih cari dalam peti ais ada,



Dan yang lebih penting nak cerita masalah ni kat hang pun aku nak kena pakai telefon yang bercap

FUhhhh...pening kepala..




Apapun aku tetap BOYCOTT ISRAEL ..






BOYCOTT ISRAELI PRODUCTS CAMPAIGN

An Appeal to all Citizens of the World




.

hot news!

Photobucket Photobucket