nuff
Saturday, November 20, 2010
Triplet
Friday, September 10, 2010
Mercun
Selamat Hari Raya kwn2. Hepi pun hepi jgk, tp jage lah sempadan.
Orang buta pergi ke kebun
Makan longan dibekal cucur
Janganlah kita bermain mercun
Kelak badan pasti hancur -pantun cilok :D
haha tah pape. bosan. Maaf Zahir Batin, mintak doalah, di hari kemenangan muslim sedunia,
samada alam hakiki atau ghaib, supaye diberi keteguhan iman dlm membela agama, di-sabit-kan hati dgn Deen Islami. Juga mintak jauh fitnah kafir, itulah cabaran muslimeen united skang.
sekian, nak cari mercun ^_*
doakan kawe jupe eh!! haha
Thursday, August 19, 2010
Terik
Ramadhan bermaksud terik, di-syariatkan puase 2 hijrah ketika ghazwah nabi iaitu perang.
Wednesday, July 21, 2010
Risalah
kenapa huruf2 dlm arabic ade titik(noktah) seperti ث ت ب dll.
begini al kissahnye :D
...
...
....
Riwayat seorang al-Malik di sebuah 'al-balad' yg terkenal, dgn murah hatinye, ambil berat tentang rakyat dll. Datang pd suatu hari seorang pemuda yg ingin menawarkan satu risalah perjanjian utk mengeratkan lg hubungan antara 2 balad. Dihantarlah risalah tersebut melalui pembantu al-Malik kepada Maliknye.
Selesai al-Malik membaca risalah tersebut, al-Malik tersenyum dan bersetuju dengan pembentangan(proposal). Gembira al-Malik dan membalas akan Beliau risalah itu, melalui pembantunya tadi.
"terima lelaki ini"
*al-Malik = Raja
Monday, July 5, 2010
Summer loot!
Grab while u can! haha, minus one track utk lagu khalifah #1 - mirwana,
feel free to download
klik sini!
Tuesday, May 25, 2010
Monday, May 17, 2010
Kritikal
Para sarjana di universiti turut menyatakan memboikot ekonomi Zionis ada kewajipan syar’ie. Pimpinan Ikhwan Muslimin, Syeikh Ibrahim Zaid dan beberapa tokoh ulama manhaj salaf turut mendokong fatwa yang diputuskan.
sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif
akhbar palestin
Kepada pengikut sejati blog aku, ade bonus.. leh a 'donlot' canon rock hi quality..hehe
and ALL THE BEST! bykkanlah bace quran klw rase tension ke ape ke..
Wednesday, May 5, 2010
Sunday, April 11, 2010
Hassinu Khuluqakum
gambar hiasan
sambil memperingati diri.. buanglah sangka buruk
(ayat quran kt atas tu agak lari topic :> tp aku cube selitkan jgk.. sbb byk fitnah skang)
Sunday, April 4, 2010
Monday, March 22, 2010
Sermpit
tp berdasarkan show yg aku wat, langsung tkde niat nak kasi penonton terbeliak mate ke, melompat sane cni ke.. aku taw asal usul aku.. aku poun dak nasyeed satu ketika di sekolah dlu, cume mau extend kreativiti dlm diri.. so aku menyelam bidang music, selari dgn adik beradikku. alamak dah melalut.. ok ni je nk bg bace..
tajuk: Jangan anti-hiburan membuta tuli
Golongan dewasa khususnya pendokong gerakan Islam harus menghargai minat dan bakat yang dimiliki golongan belia dan remaja serta tidak bersifat anti-hiburan secara membuta tuli.
Pengasas dan Pengurus Besar Adnin Management & Training Centre, Ustaz Akhwan Afandi Zulkifli berkata, sikap anti-hiburan yang tidak bertempat tidak akan mengalihkan perhatian remaja kepada hiburan sebaliknya golongan ini harus pandai memandu remaja dan belia untuk mendapatkan hiburan yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.
“Golongan dewasa dan ibu bapa kebanyakannya tidak menghargai kemahuan, minat dan bakat anak-anak muda menyebabkan mereka tidak mempunyai panduan dan terus mencari hiburan yang melalaikan.
“Sekarang ini peratus hiburan yang tidak mendatangkan kebaikan dan faedah terlalu banyak,” katanya ketika ditemui di program ‘Mini Konsert Hibur Didik’ anjuran Unit Amal Gombak dengan kerjasama ahli jawatankuasa masjid di Dataran Masjid Amaniah, Batu Caves baru-baru ini.
Akhwan juga berkata, tidak wajar untuk pendokong gerakan dakwah memandang hiburan dari sudut yang negatif sahaja tanpa berusaha untuk membetulkan konsep hiburan yang ada agar sesuai dengan ajaran Islam.
Beliau juga tidak bersetuju terhadap pandangan sesetengah pihak yang menganggap hiburan hanya merangkumi bidang nyanyian dan lakonan sahaja sedangkan ujarnya, definisi hiburan itu terlalu luas.
“Hiburan tidak tertumpu kepada nyanyian dan lakonan sahaja tetapi apa yang membawa kepada kebahagian, itulah hiburan.
“Tidak kiralah nyanyian ke, lakonan ke, ceramah ke, kalau yang dilihat dan didengar itu membawa kepada keseronokan, itulah hiburan, asalkan tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Contohnya tidak sampai membawa kepada maksiat dan melakukan perkara-perkara negatif lain,” katanya.
Ujarnya juga, sikap suka menghukum sesuatu perkara itu sebagai haram tanpa mengkaji pandangan-pandangan ulama secara menyeluruh akan lebih memburukkan keadaan.
Sebaliknya, beliau berkata, menjadi tugas pendakwah untuk menyediakan platform kepada golongan belia untuk berhibur mengikut cara yang betul.
“Kita masih belum sepenuhnya menggunakan konsep dakwah secara terbuka, maksudnya berdakwah melalui hiburan. Sikap hanya tahu menghukum sesuatu perkara akan lebih memburukkan keadaan.
“Kepada para pejuang dan pendokong gerakan Islam, harus tahu menghargai dan menyayangi hiburan. Hiburan ini terlalu luas, tidak bertepi. Jangan terlalu sempitkan fikiran,” ujarnya.
Terdahulu, Akhwan menyampaikan lima buah lagu berlirik ketuhanan dan sirah Rasululllah s.a.w. diselang-seli dengan interaksi dengan hadirin yang hadir terdiri daripada kanak-kanak, remaja dan ibu bapa.
Beliau turut menyampaikan lagu ‘Kekasih Awal Dan Akhir’ nyanyian Jamal Abdillah namun mengajak pendengar menghayati lirik lagu tersebut ke arah mencintai Allah SWT.
Turut disampaikan beliau kata-kata nasihat dan motivasi secara santai kepada hadirin.
Sementara itu, pengarah program, Damanhuri Dol berkata, Unit Amal Gombak memfokuskan semua golongan dalam program-program mereka dan akan terus merangka pelbagai program kemasyarakatan yang dapat menarik minat kanak-kanak, belia dan golongan dewasa.
“Kami memang sentiasa merancang program-program untuk mendekati semua golongan khususnya para remaja dan akan memastikan program selepas ini lebih tersusun,” katanya.
penulis dah merajuk... tata
Wednesday, February 24, 2010
Takdir Penentu by Mirwana Chord Progression
Friday, February 19, 2010
المعذرة
Monday, January 4, 2010
مَوعِظَة لِلمتَّقين
1- usaha dan ikhtiar
2- jangan terpedaya dengan usaha sendiri
3- jangan memandang rendah sahabat
4- tinggalkan maksiat
5- doa yang ikhlas
6- husnuzzon billah
7- restu ibu bapa
8- redha guru & doa orang soleh
...INGATAN & DOA TULUS IKHLAS dari-ku buat sahabat2... semoga KITA NAJAH d DUNIA & AKHIRAT... Amin.....
and terpakse setuju dgn isi blog kwn aku ni:-
"Dulu orang yang paling berilmu akan banyak berbicaraHari ini orang yang kurang ilmu paling banyak bicara"...