tp berdasarkan show yg aku wat, langsung tkde niat nak kasi penonton terbeliak mate ke, melompat sane cni ke.. aku taw asal usul aku.. aku poun dak nasyeed satu ketika di sekolah dlu, cume mau extend kreativiti dlm diri.. so aku menyelam bidang music, selari dgn adik beradikku. alamak dah melalut.. ok ni je nk bg bace..
tajuk: Jangan anti-hiburan membuta tuli
Golongan dewasa khususnya pendokong gerakan Islam harus menghargai minat dan bakat yang dimiliki golongan belia dan remaja serta tidak bersifat anti-hiburan secara membuta tuli.
Pengasas dan Pengurus Besar Adnin Management & Training Centre, Ustaz Akhwan Afandi Zulkifli berkata, sikap anti-hiburan yang tidak bertempat tidak akan mengalihkan perhatian remaja kepada hiburan sebaliknya golongan ini harus pandai memandu remaja dan belia untuk mendapatkan hiburan yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.
“Golongan dewasa dan ibu bapa kebanyakannya tidak menghargai kemahuan, minat dan bakat anak-anak muda menyebabkan mereka tidak mempunyai panduan dan terus mencari hiburan yang melalaikan.
“Sekarang ini peratus hiburan yang tidak mendatangkan kebaikan dan faedah terlalu banyak,” katanya ketika ditemui di program ‘Mini Konsert Hibur Didik’ anjuran Unit Amal Gombak dengan kerjasama ahli jawatankuasa masjid di Dataran Masjid Amaniah, Batu Caves baru-baru ini.
Akhwan juga berkata, tidak wajar untuk pendokong gerakan dakwah memandang hiburan dari sudut yang negatif sahaja tanpa berusaha untuk membetulkan konsep hiburan yang ada agar sesuai dengan ajaran Islam.
Beliau juga tidak bersetuju terhadap pandangan sesetengah pihak yang menganggap hiburan hanya merangkumi bidang nyanyian dan lakonan sahaja sedangkan ujarnya, definisi hiburan itu terlalu luas.
“Hiburan tidak tertumpu kepada nyanyian dan lakonan sahaja tetapi apa yang membawa kepada kebahagian, itulah hiburan.
“Tidak kiralah nyanyian ke, lakonan ke, ceramah ke, kalau yang dilihat dan didengar itu membawa kepada keseronokan, itulah hiburan, asalkan tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Contohnya tidak sampai membawa kepada maksiat dan melakukan perkara-perkara negatif lain,” katanya.
Ujarnya juga, sikap suka menghukum sesuatu perkara itu sebagai haram tanpa mengkaji pandangan-pandangan ulama secara menyeluruh akan lebih memburukkan keadaan.
Sebaliknya, beliau berkata, menjadi tugas pendakwah untuk menyediakan platform kepada golongan belia untuk berhibur mengikut cara yang betul.
“Kita masih belum sepenuhnya menggunakan konsep dakwah secara terbuka, maksudnya berdakwah melalui hiburan. Sikap hanya tahu menghukum sesuatu perkara akan lebih memburukkan keadaan.
“Kepada para pejuang dan pendokong gerakan Islam, harus tahu menghargai dan menyayangi hiburan. Hiburan ini terlalu luas, tidak bertepi. Jangan terlalu sempitkan fikiran,” ujarnya.
Terdahulu, Akhwan menyampaikan lima buah lagu berlirik ketuhanan dan sirah Rasululllah s.a.w. diselang-seli dengan interaksi dengan hadirin yang hadir terdiri daripada kanak-kanak, remaja dan ibu bapa.
Beliau turut menyampaikan lagu ‘Kekasih Awal Dan Akhir’ nyanyian Jamal Abdillah namun mengajak pendengar menghayati lirik lagu tersebut ke arah mencintai Allah SWT.
Turut disampaikan beliau kata-kata nasihat dan motivasi secara santai kepada hadirin.
Sementara itu, pengarah program, Damanhuri Dol berkata, Unit Amal Gombak memfokuskan semua golongan dalam program-program mereka dan akan terus merangka pelbagai program kemasyarakatan yang dapat menarik minat kanak-kanak, belia dan golongan dewasa.
“Kami memang sentiasa merancang program-program untuk mendekati semua golongan khususnya para remaja dan akan memastikan program selepas ini lebih tersusun,” katanya.
penulis dah merajuk... tata