nuff

Sunday, May 24, 2009

Safar Wanita?!

Ini adalah hukum safar wanita tanpa mahram yang diambil dari Pusat Fatwa Mesir.

Ia mempunyai 3 keadaan.

Keadaan pertama: Wanita yang bermusafir dari tempat yang dia tidak mampu menzahirkan keislamannya.

Hukumnya: Pada keadaan ini tidak perlu kepada mahram.

Kenyataan Ulama:

Imam Qurtubi berkata dalam kitabnya "al-Mufhim":

Ulama bersepakat bahawa wajib seorang wanita musafir sekalipun tanpa mahram sekiranya takut berlaku sesuatu yang buruk pada diri dan agamanya.

Ulama Maliki, Syafie dan Hambali berpendapat wajib wanita berhijrah dari negeri kafir walau tanpa mahram.

Dalam kitab mazhab Maliki "Kifayatut Talib al-Rabbani" menyatakan:

Dikecualikan dari pengharaman musafir sehari semalam atau lebih tanpa mahram adalah wanita yang masuk Islam di negara Kafir Harbi (yang memerangi Islam). Sesungguhnya dia wajib keluar ke negara Islam."

Syeikh Syarbini dikalangan Ulama syafie telah berkata:

"Wanita boleh berhijrah dari negeri kafir berseorangan."

Imam al-Bahuti dikalangan ulama Hmabali berkata:

"Wajib berhijrah kepada orang Islam yang tidak mampu untuk menzahirkan agamanya di tempat yang dikuasai oleh pemerintah kafir atau pemerintah bid'ah yang menyesatkan seperti muktazilah dan syi'ah ke negeri Islam dan yang mengamalkan akidah sunnah. kewajipan ini bagi yang mampu, samada lelaki atau perempuan sekalipun tanpa gerombolan safar dan tanpa mahram."

Dalil kewajipan:

Firman Allah:

"Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh para malaikat dikalangan orang-orang menzalimi diri mereka sendiri dengan duduk di negara orang kafir. Para malaikat bertanya "Bagaimana dengan pelaksanaan agama kamu?" Mereka menjawab dengan meminta keuzuran "Kami tidak mampu melaksanakan agama" Para malaikat menjawab "Bukankan Bumi Allah adalah luas untuk kamu berhijrah ke tempat yang lebih baik. Tempat-tempat mereka hanyalah jahannam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali." (97 ; an-Nisa)

Nabi saw bersabda:

أنا بريء من كل مسلم يقيم بين أظهر المشركين

"Aku berlepas diri dari orang Islam yang duduk di tempat orang2 kafir." Hr Abu daud


Selanjutnya klik sini ler...

Thursday, May 21, 2009

Pendaftaran Alumni PPAAB

Salam,

Rakan-rakan yang dirahmati Allah,

Saya ingin meminta bantuan anda pergi laman berikut:

http://www.al-amin.edu.my/index.php?option=com_content&task=view&id=134&Itemid=34

Kemudian isikan biodata anda mengikut format yang diberikan dan hantar ke email abu_itqan@yahoo.com

Pihak sekolah sedang kumpul maklumat mengenai Alumni Al-Amin.

Terima kasih.

-WaN aM-
Generasi ke-4
p/s - mohon jasa baik anda untuk forwardkan ke mailing list batch anda. Jzkk.






PAAB mengalu-alukan semua bekas pelajar Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak, Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak dan Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kuala Lumpur untuk mendaftar menjadi ahli Alumni PPAA dengan menghantar butir-butir peribadi seperti di bawah ke pejabat sekolah SMIAA atau e-mail kepada abu_itqan@yahoo.comAlamat e-mail ini dilindungi dari spam, anda harus mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya

1. Nama :

2. Generasi (Batch) Al-Amin ke : _________________
3. Tahun Mula Pengajian di Al Amin: ________________,

Tahun Tamat Pengajian di Al Amin: ________________

4. Alamat Surat Menyurat:
5. Alamat Tetap:
6. Email:
7. Nombor Telefon Bimbit:
8. Blog/website:
9. Pekerjaan sekarang:
10. Institusi pelajaran selepas Al Amin
11. Status Perkahwinan:
12. Nama Isteri:

13. Nama Anak (Jika Ada)

Saturday, May 2, 2009

ASNAF ZAKAT

Skop agihan zakat Lembaga Zakat Selangor (MAIS) berdasarkan yang telah ditetapkan oleh syara'. Asnaf tersebut sepertimana yang dijelaskan dalam surah At-Taubah ayat 60:



"Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"


Ada 8 asnaf zakat iaitu:


1. Fakir
2. Miskin
3. Amil
4. Muallaf
5. Riqab
6. Gharim
7. Fisabillilah
8. Ibnu Sabil


.

hot news!

Photobucket Photobucket