nuff

Tuesday, January 3, 2012

Aywa

Perkongsian dari Al Fadhil Ustaz Wan Ali Akbar.

Nabi Muhammad saw, apabila berdakwah, menggunakan uslub (cara) dakwah yang pelbagai, berdasarkan kepada kepelbagaian minat dan kecenderungan golongan yang didakwahnya.

Rukanah, seorang ahli gusti yang terkuat di kalangan orang Arab ketika itu. Beliau tidak percaya kepada kenabian baginda saw. Namun, baginda saw, apabila berdakwah kepadanya, mengajak beliau bergusti. Kalah kali pertama, membuatkan Rukanah berfikir bahawa itu hanyalah nasib. Begitu juga apabila kalah kali kedua. Namun, apabila kalah buat kali ketiga, beliau berfikir bahawa nabi ini memang bukan sebarangan orang. Belum pernah beliau kalah kepada seseorang dalam gusti, namun kalah kepada Nabi Muhammad saw tiga kali. Pasti ada pertolongan daripada kuasa yang lebih besar dari manusia. Itu lah Allah. Lalu beliau mengucap kalimah syahadatain. Dakwah baginda kepada Rukanah melalui gusti, kekuatan Rukanah ketika itu.

Rukanah hanya salah satu contoh daripada beribu contoh pendekatan dakwah yang pelbagai. Segalanya berdasarkan kepada kekuatan dan kecenderungan golongan yang didakwah (mad'u) itu.

Zaman kini, musik berada di mana-mana. Semua golongan begitu cenderung kepada musik. Tidak kira muda, tua, kanak-kanak, remaja, orang kaya, orang miskin, golongan bangsawan dan golongan bawahan. Namun, musik biasanya digunakan untuk keburukan dan maksiat.



Keburukan musik bukan terletak pada musik itu, tapi bagaimana musik itu digunakan. Ia boleh digunakan untuk keburukan, boleh juga digunakan untuk kebaikan. Segalanya bergantung kepada niat pengguna.

Sham pernah menggunakan musik untuk melalaikan. Kini, dia menggunakan kaedah yang sama untuk mengajak manusia kembali kepada Allah. Musik dan gitar, itu lah kekuatannya. Itu lah juga kelebihan dan tarikannya. Terutamanya kepada golongan yang begitu sukakan musik pada hari ini.

Kaedah usul: Asal hukum sesuatu perkara itu harus sehingga ia berubah kepada hukum yang lain. Begitu la musik, harus hukumnya, sehingga ia bertukar hukum kepada makruh atau haram jika digunakan untuk keburukan, kelalaian dan maksiat, namun menjadi sunat atau wajib jika digunakan untuk kebaikan dan mengajak kepada iman dan takwa.

Saya - dengan ilmu yang sedikit yang ada pada saya- tidak nampak keburukan dakwah menggunakan musik dan gitar, bahkan yang saya nampak, begitu banyak kebaikan untuk mengajak semua golongan terutamanya remaja yang begitu sukakan pada musik yang melalaikan, mengubah pandangan dan arah mereka kepada musik yang mengingatkan mereka kepada Allah.

Teruskan wahai saudaraku, Sham. Musik dan gitar adalah kelebihan saudara. Gunakan kelebihan itu sebaik-baiknya untuk kebaikan umat Islam seluruhnya. Biar gitar yang saudara gunakan menjadi saksi di hadapan Allah bahawa saudara telah mencuba sedaya mungkin untuk mengajak manusia ke arah kebenaran. Hanya Allah yang akan menilai segala perbuatan saudara, bukannya manusia. Wallahu'alam.

Monday, September 19, 2011

Saturday, September 10, 2011

Disniy Werl

How do you expect kids to listen to their parents when:




Tarzan lives half naked,

Cinderella comes home at midnight,



Pinocchio lies all the time,


Aladdin is the king of thieves,


Batman drives at 200 mph,



Sleeping Beauty is lazy,


and Snow White lives with 7 guys.

We shouldn't be surprised when kids misbehave, they get it from their story books!!!


.

hot news!

Photobucket Photobucket